secebis harapan
aku ingin terbang
sebebas burung diawangan
bergerak tanpa sekatan
melihat keindahan ciptaan Tuhan
meninggalkan segala keperitan
melupakan segala keperitan
meninggalkan penderitaan yang menyakitkan
kerna aku rindukan satu kedamaian
aku impikan sebuah ketenangan
aku isdamkan selaut kebahagiaan..
namun,
aku terdiam sejenak
berfikir dan bertafakur
adakah ianya akan kumiliki?
lalu kukirim secebis doa yg tulus
agar segalanya menjadi nyata
agar segalanya bukan khayalan maya
kerana aku semakin lemas
ketandusan kasih dan hampir rebah
di atas dataran cinta buatan
dalam ikatan yang kian punah..
sampai bila ianya bertahan?
pada-MU Tuhan aku bermohon
agar kau berikan sedikit kebahagiaan itu
akan ku titip ia bagai nyawaku
biarpun ianya bukan milikku
tapi sekadar buatmu
zuriat ku..
0 komen:
Post a Comment