Wahhh tajuk kat atas tu...macam gempak jerkan.... bukan ape kekwn...aku tengah ketandusan idea... so aku da mula la nak merapu yang bukan-bukan... sesiapa yang bekerja area wisma persekutuan JB / Menara TJB.. tau la keadaan kat sini bila hujan lebat ckit... hurmm takmo la celoteh panjang.. so layan jek gambar ni k...
Hujan lebat tak sampai 1 jam..air da naik memenuhi parking kereta... kesian..byk kereta tersadai yang x sempat di selamatkan...
masa ni air batu nak naik... orang ramai da bertungkus lumus selamatkan kereta masing-masing...
Tengok keadaan kereta yang tersadai... ni aku view dari tingkat 10 office aku...
Da macam laut pon yer... alkisah bangunan kiteorg sangat-sangat la berdekatan dengan laut... dari office da nampak Kota Singa... (Singapore) so klu hujan lebat n air laut pasang... bersiap sedia la..kemungkinan untuk banjir sangat-sangat la besar... kesian kepada orang2 yang berkunjung di Pejabat Kerajaan... tak pasal-pasal terbang $$$ gara2 banjir kilat....
Ouwh kat luar masih hujan lebat... hurm bila mau reda nih... sat2 lagi nak balik daa.... aduhaiiii... :(
0 komen:
Post a Comment